Sunday, September 21, 2008

Petanda?

Sy ad terbaca artikel kt al-ahkam.net pasal petanda2 Lailatul qadar..berminat utk berkongsi...

Soalan:
Assalamu 'alaikum...

Panel fiqh al-ahkam.net yang dihormati,

Kedengaran beberapa kisah berkaitan petanda Malam al-Qadr ini begitu hebat diperkatakan di bulan Ramadhan sejak dari kecil hinggalah dewasa kini. Pelbagai kisah pelik dikaitkan dengan Malam al-Qadr antaranya pokok tunduk, angin sejuk, bintang berguguran, cahaya bulan menghampiri dll. Kesahihannya sangat boleh dipertikaikan kerana kisah2 ini dijaja ke tengah masyarakat oleh sesiapa sahaja, hatta ahli maksiat sekali pun.

Jikalah benar kisah2 ini berlaku menunjukkan petanda datangnya Malam al-Qadr dan diceritakan pula oleh seseorang yang baik akhlaqnya, adakah kemungkinan bahawa petanda2 itu ada campurtangan jin/syaitan yang mahu menjerat manusia?
Supaya insan mudah berpuas hati, supaya datang ujub, supaya syirik dll...

Mohon pencerahan.
waAllahu ta'ala a'lam.


Jawapan:
Memang lailatul qadr ada tanda-tandanya yang berlaku sebelum dan selepas malam itu. Tetapi kebanyakan hadis2 berkaitan tanda2 nya adalah tidak kuat.

Yang paling sahih ialah tanda yang disebut dalam Sahih Muslim, "Matahari pada paginya tiada pancaran baginya". (Muslim no: 762)

Adapun perkara-perkara ajaib yang berlaku kepada manusia, seperti melihat pokok sujud, mendengar bisikan dll, perkara luar biasa seperti ini boleh berlaku samada kepada orang yang soleh dan tidak soleh. Ia boleh jadi karamah, ataupun istidraj.

Untuk membezakan samada ia karamah atau istidraj, hendaklah dilihat keadaan seseorang itu sendiri. Jika dia seorang yang beriman, soleh, bertaqwa, maka ia adalah karamah yang diberikan oleh Allah. Kalau dia seorang yang fasiq, atau penyeru kepada bidaah, atau kafir sekalipun, maka ia adalah dari syaitan ataupun ia satu bala dan Allah dan ujian dari ALlah Taala.

Wallahu Taala A'lam.



-Just an additional information for me myself and kpd semua pembaca.. semoga kita semua memperolehi lailatul qadar in this Ramadhan..sama2 mencarinya..insyaAllah...

2 comments:

AAF... said...

Assalamualaikum.
sekadar untuk berkongsi.
rasanya tak perlu untuk mencari2 tanda2 yang menunjukkan tanda malam lailatul qadar.
tapi kan lebih baik menambah amalan dimalam terakhir ini. antaranya seperti qiam di masjid dan memperbanyakkan membaca al quran.
sekadar berkongsi pandangan.
:-)

SaifullahBakri said...

betul..:)