Monday, August 11, 2008

Seorang Sahabat..


"Biasanya kawan yang baik akan membawa kita ke jalan yang lurus, sementara kawan yang tidak baik, jikapun tidak menjerumuskan kepada kebinasaan, akan menjejaskan nama baik kita juga sekalipun kita tidak terlibat dengan kejahatannya. Dalam sebuah hadis riwayat Muslim Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda bermaksud : ' Engkau tidak akan hampa dari Penjaja Kesturi kerana walaupun engkau tidak membeli kesturi, engkau pasti akan dapat baunya, manakala si Tukang Besi, ia boleh membakar rumahmu, atau pakaianmu atau setidak-tidaknya kau mendapat bau yang busuk' ."

Memilih sahabat yang baik sangat penting kerana sahabat banyak menyumbang pada peribadi seseorang. Pendek kata, sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat, kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya.” (hadis riwayat Abu Daud)

Dalam hadis lain, peranan sahabat diletakkan dalam ibarat ini: “Bersahabat dengan orang baik umpama berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Ciri sahabat yang baik memang banyak, tetapi yang paling utama ialah sahabat yang mengingatkan kita pada Tuhan dan mengajak supaya menjauhi larangan Allah.

Dia membantu sahabatnya menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat, dia juga mendorong sahabat mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Seorang bijak pandai berpesan ‘sahabat yang baik bukan yang membenarkan apa yang anda kata, tetapi berkata benar mengenai anda’.

1 comments:

fakulito said...

hakikat berukhuwah ialah masing-masing tahu persoalan hati masing-masing dengan aqrab dan naluri yang sensitif. Bila seorang menangis, maka sahabatnya akan turut menangis. Itulah qudwah yang dijelaskan oleh Rasulullah bersama sahabat qaribnya Abu Bakar r.a yang sama-sama menempuh dugaan di Makkah, sewaktu Israk Mikraj, semasa hijrah dan sewaktu di Madinah.

Satu poin yang jelas. Ukhuwah mereka kekal kerana satu sebab yang nyata; aqidah yang sahih dan matlamat yang sama.

Mungkin kadang-kadang kala ini manusia bersahabat kerana minat yang sama, rupa yang sama, persatuan yang sama dsb. Tapi kesamaan seperti ini tak membawa persahabatan ke mana-mana pun.

Tahniah kerana entri yang hebat!